Monday 25 July 2011

pintu TAUBAT..

Salam. Fenomena Bertekad Taubat ketika Hendak Bermaksiat.

Ada fenomena ‘aneh’ pada sesetengah orang. Ketika akan melakukan maksiat, sudah ditanamkan untuk bertaubat setelah perbuatan buruk yang ia lakukan. Dalam hatinya ia berbisik, “Nanti setelah aku melakukan maksiat ini, saya akan bertaubat.”

Memang betul, pintu taubat akan tetap terbuka sebelum matahari terbit dari arah barat. Siapa saja bertaubat kepada Allâh dengan taubat sebenarnya (taubat nashuha) dari perbuatan syirik dan perbuatan lain yang lebih rendah darinya, Allâh Subhanahu wa Ta’ala akan menerima taubatnya.

Taubat nashûhâ ialah taubat (sebenar-benarnya) yang mencakupi beberapa aspek iaitu berhenti dari perbuatan dosa, menyesali dosa yang diperbuat dan bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi sebagai realisasi dari rasa takutnya kepada Allâh Subhanahu wa Ta’ala, pengagungannya kepada Allâh Subhanahu wa Ta’ala dan demi mengharap maaf dan ampunan-Nya.

Syarat sahnya taubat bertambah menjadi empat bila kesalahan seseorang berhubungan dengan hak sesama manusia (orang lain). Iaitu dengan menyerahkan hak-hak orang tersebut yang diambil secara zalim, baik berupa harta (yang dicuri) atau meminta dibebaskan (dihalalkan) darinya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
Barangsiapa pernah berbuat zalim kepada saudaranya terhadap kehormatannya atau yang lain, hendaknya meminta orang itu untuk menghalalkan kesalahannya dari perbuatan aniaya tersebut hari ini sebelum datang hari tidak ada uang dinar dan dirham. Apabila ia memiliki kebaikan, maka sejumlah kebaikan akan diambil darinya sebanding dengan perbuatan kezalimannya (untuk diserahkan kepada orang yang teraniaya). Apabila tidak memiliki kebaikan, maka akan diambilkan dosa saudaranya dan dilimpahkan kepada dirinya. (H.R. al-Bukhâri, no. 2269) .
Tekad untuk bertaubat dari perbuatan dosa merupakan tekad baik yang berhak untuk dihargai. Namun, ketika bisikan “bertaubat” ini justru mendorongnya untuk mengawali rancangan taubatnya dengan perbuatan maksiat, ini yang perlu diwaspadai. Jika ini yang terjadi, tidak diragukan lagi, ini termasuk tipu daya syaitan pada diri manusia untuk memudahkan berbuat maksiat dengan dalih di kemudian hari ia akan bertaubat selesai berbuat maksiat. Tidakkah si pelaku khuatir akan dirinya? Boleh saja Allâh Subhanahu wa Ta’ala menyukarkan jalan bertaubat baginya, sehingga akan mengalami penyesalan yang tidak terkira dan kesedihan yang tak terukur di saat penyesalan tiada berguna lagi.

Kewajiban seorang muslim adalah menghindari perbuatan syirik dan hal-hal yang menyeret kepadanya, serta menghindari seluruh perbuatan maksiat. Sebab, boleh saja ia diuji dengan bergelimang dalam maksiat, namun tidak mendapat taufik untuk bertaubat. Oleh kerana itu, ia harus selalu menjauhi seluruh perkara yang diharamkan oleh Allâh Subhanahu wa Ta’ala dan memohon keselamatan dari-Nya, tidak menuruti pujukan syaitan, sehingga berani berbuat maksiat dengan menyisipkan niat di hati untuk bertaubat sebelumnya.

Semaklah firman-firman Allâh Subhanahu wa Ta’ala berikut yang berisi perintah untuk selalu takut kepada-Nya, ancaman bagi siapa saja yang nekat berbuat maksiat, dan larangan mengikuti bisikan hawa nafsu dan rayuan syaitan. Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَإِيَّاىَ فَارْهَبُونِ

dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk). (Q.S. al-Baqarah/2: 40).

Dalam ayat lain, Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَيُحَذِّرُكُمُ اللهُ نَفْسَهُ

Dan Allâh memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. (Q.S. Ali ‘Imrân/3: 28).


Dalam ayat yang lain, Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya, “Hai manusia ,
sesungguhnya janji Allâh adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allâh. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Q.S. Fâthir/35: 6).

No comments:

Post a Comment